Monday, 9 December 2013

Pasangan warga emas berteduh dalam van

Seorang warga emas nekad untuk berlindung di dalam van milik suaminya di pusat pemindahan banjir Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok, dekat sini.
Munah Eng Abdullah, 64, sanggup menjadikan van sebagai tempatnya berteduh dan bermalam memandangkan beliau tidak boleh terlalu lama duduk atau tidur di atas simen.

Dia yang mengalami masalah sakit tulang belakang sejak 10 tahun lalu, berkata ini adalah tahun kedua tidur di dalam van ketika rumahnya di tenggelami banjir.
"Mak cik juga sering sakit sendi. Oleh itu, apabila terlalu lama berada di atas simen, kaki akan mula kejang sebab itu kami memilih untuk berteduh dalam van," katanya ketika ditemui di pusat pemindahan itu.


Menurutnya, mereka membuat keputusan untuk berpindah lebih awal ke pusat itu

kerana mahu mencari tempat yang sesuai untuk meletak kenderaan mereka.

Hari ini sudah enam malam dia dan suaminya berkampung di sekolah terbabit.

Munah berkata, suaminya mula mengemas barangan mereka sebaik menyedari air
semakin naik.

Dia berkata, pelbagai bentuk bantuan yang disalurkan oleh pelbagai
pihak banyak meringankan beban mereka memandangkan tidak mempunyai bekalan yang
mencukupi.

"Mak cik bersyukur bantuan air bersih mula dihantar kepada kami termasuk
peralatan lain seperti tikar dan selimut," katanya.

Mangsa, Wan Nordin Wan Hassan, 40, berkata bantuan boleh dikatakan agak lewat tiba ke pusat penempatan itu kerana paras air terlalu tinggi selain masalah komunikasi yang dihadapi.

"Saya faham jalan terputus menyebabkan bantuan agak sukar dibawa sebelum
pihak penyelamat lain tiba dengan kelengkapan yang lebih baik," katanya.

No comments:

Post a Comment