Wednesday, 11 December 2013

COLLAGEN PLUS VITAMIN E

Collagen Plus Vitamin E Whitening Beauty
100% ORIGINAL 
# MENGHILANGKAN JERAGAT/JERAWAT
#UNTUK AWET MUDA
#MENGHAPUSKAN KULIT YANG KUSAM
#MENGHILANGKAN BINTIK-BINTIK HITAM
#MENGANJALKAN KULIT WAJAH
#MENGECILKAN PORI-PORI


PROMOSI HARGA MURAH!!!!!!!!!!
1 SET : RM29 ONLY
12SET : RM190
(FREE POS UTK SEMENANJUNG)


Collagen Plus diformulasikan dengan Vit C, AHA, Moisturizer, dan Vit E. Mengurangkan masalah kulit kusam dan melembapkan serta membuatkan kulit terasa gebu dan segar sepanjang hari.
ITEM TERDIRI DARIPADA:
COLLAGEN PLUS VIT E WHITENING BEAUTY SOAP - 35 GRAM
COLLAGEN PLUS VIT E WHITENING BEAUTY DAY CREAM - 25 GRAM
COLLAGEN PLUS VIT E WHITENING BEAUTY NIGHT CREAM - 25 GRAM



Collagen Plus Day Cream (Kuning)
Collagen Plus diformulasikan dengan Vit C, AHA, Moisturizer, dan Vit E. Mengurangkan masalah kulit kusam dan melembapkan serta membuatkan kulit terasa gebu dan segar sepanjang hari. Dipakai siang hari dengan cara menyapau rata secara nipis di serata wajah.

Collagen Plus Night Cream (Putih)

Collagen Plus diformulasikan dengan Vit C, AHA, Moisturizer, dan Vit E. Mengurangkan masalah kulit kusam dan melembapkan serta membuatkan kulit terasa gebu dan segar sepanjang hari. Untuk dipakai waktu malam selepas membasuh kulit dengan cara menyapu rata secara nipis ke serata kulit wajah. Dapat digunakan sebagai alas bedak / pelindung dari sinar matahari. Wajah akan kelihatan bersih dan putih dalam masa secepat 1 minggu.




Kebaikan 3 IN 1 Krim muka siang & malam: 

- Mencerahkan Kulit & Mengurangkan Masalah Kulit Kusam
- Menjadikan Kulit Lebih Lembut
- Mengurangkan Masalah Jerawat & Bintik Hitam
- Memudarkan Kesan Parut Jerawat
- Melembabkan Kulit
- Menghalang Tanda-tanda Penuaan Seperti Kedutan
- Membuatkan Kulit Terasa Gebu & Segar Sepanjang Hari

Collagen Plus Whitening Beauty Soap
Sabun yang berfungsi untuk membersih, melembap dan melicinkan kulit tanpa menyebabkan kekeringan. Ia mampu memberikan hasil kulit sihat, bersih dan lebih cantik.
Kelebihan/ Fungsi
*Mencerah dan memutihkan muka
*Melicinkan kulit muka
*Kulit nampak tegang
*Melembabkan kulit yang kering
*Mengurangkan dan menghilangkan tompok HITAM di muka
*Mengurangkan dan menghilangkan PARUT akibat jerawat
*Mengatasi masalah jerawat dan jeragat.
*Mengatasi masalah kulit kusam dan tompok gelap bawah mata.
*Mengatasi masalah kulit berminyak
*Menstabilkan tona kulit
*Memutihkan wajah
*Menghilangkan bintik-bintik hitam, jerawat dan bekas jerawat di wajah
*Mengecilkan pori-pori
*Menganjalkan kulit wajah
*Membuat wajah putih dan berseri

Cara Pemakaian : 

Krim Siang (Kuning) Collagen Plus Vit E 

: Untuk dipakai siang hari selepas membasuh kulit dengan sabun Collagen Plus Vit E dan sapu rata secara nipis di seluruh wajah dan leher.
: Boleh digunakan sebagai alas bedak / pelindung UV dari sinar matahari.


Krim malam (putih) Collagen Plus Vit E 

: Untuk dipakai waktu malam selepas mencuci muka dengan sabun Collagen Plus Vit E dan cara menyapu rata secara nipis ke serata kulit wajah dan leher. 

Wajah akan kelihatan bersih dan putih dalam masa 2 minggu tanpa pengelupasan.


Perbezaan yg nyata krim yg original dan fake...-krim malam ori teksturnya halus...tidak likat/pekat dan senang di pakai...kurang melekit...
-krim siang ori teksturnya lembut...halus...licin dan juga mudah disapukan ke wajah...

kalau krim yg x ori...teksturnya adalah sebaliknya...

siapa yg biasa pakai yg ori dan pernah try yg x ori...mmg boleh cam bezanya...

kalau pakai x ori...kulit akan start mcm burn sket gtu....dalam seminggu...jerawat akan naik...dan sentiasa akan naik...
jangan kata nak dapat kulit cantik...malah xde langsung..harus ingat yer..

kesan pon mmg xde...

tapi kalau pakai yang ori...mula2 pakai mmg tiada langsung kesan burn gtu...cuma kulit sedikit menegang..dan mengelupas halus sangat(bergantung pada kulit), ada yang langsung tak mengelupas...tapi parut cepat saje memudar...pastu jerawat yg ada sebelum pakai krim tu...cepat saje mengecut...dn x de tinggalkan parut...


dah lama pakai...korunk tgn nti wajah korunk macam kene collagen injection...hehehe
kulit macam licin...penuh....pori2 tertutup...kelihatan cerah..halus...dan tona kulit akan sekata...

boleh je kalau nak mencari yang paling murah...tapi jangan pula bila ada timbul masalah kulit...korunk salahkan krim ni plak...lebih teruk lagi salahkan seller...hehe..
mmg sukar nak bezakan yg ori dgn x...
bila pakai baru tau..


ORIGINAL COLLAGEN PLUS
#Cara simple nak kenal sabun collagen yg dibeli ori atau tak.....kat sabun ade tulisan collagen dan mesti tenggelam ye....bukan timbul...tue original...even xde kotak sabun....kotak tue bukan penyebab ori nye sabun tue

#
Keluaran kotak pertama dan kedua....kedua dua ori kotak nie...yg perlu dilihat adalah isi kandungan nya bukan kotak ye....cek sabun bukan kotak. sabun pink ori...sabun oren fake..simple saje


Packaging :
Kalau dilihat secara kasar, luaran nye mmg nampak sama. Kalau xdiperhatikanbetul2, mmg tidak akan perasan.

Penutup tiruan lebih pudar berbanding yg original.
Perkataan 'collagen' tiruan berwarna merah, manakala yg ori berwarna pink.
Ada sesetengah set tiruan, tidak ada cetakan 'day cream' & 'night cream'. Tp ade sesetengah nye ade sama seperti yg original.


Warna krim :

Perbezaan yg agak ketara pd warna krim antara yg ori dan tiruan.

Krim siang - warna yg tiruan jauh lbh pudar dan pucat berbanding yg original
Krim mlm - warna krim tiruan lbh putih drpd yg original.
Sabun - warna sabun collagen tiruan lbh terang berbanding original.

Tekstur :
Krim siang ori teksturnya lembut, halus, licin dan juga mudah disapukan ke wajah.
Kalau krim yg x ori, teksturnya adalah sebaliknya...Krim malam ori teksturnya halus, tidak likat/pekat dan senang di pakai. kurang melekit.siapa yg biasa pakai yg ori dan pernah try yg x ori...mmg boleh cam bezanya...

Kesan :
Set original - Minggu pertama, akan mengalami penggelupasan, gatal2, sedikit mereh bg yg kulit sensitif. Semua itu proses membuang kulit mati utk diganti dgn kulit baru. Kulit akan semakin cerah selepas itu.
Set tiruan - kulit akan start mcm burn sket sket. Dalam seminggu, mcm2 msalah kulit timbul. Kulit menjadi semakin gelap, bahkan memburukkan lg tona kulit. Jerawat akan naik tanpa henti.


so apa2 pun terpulang pada korunk semua..

 SELAMAT,TIADA BAHAN TERLARANG,JIMAT..TERLARIS MASA KINI !!





Monday, 9 December 2013

Pasangan warga emas berteduh dalam van

Seorang warga emas nekad untuk berlindung di dalam van milik suaminya di pusat pemindahan banjir Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok, dekat sini.
Munah Eng Abdullah, 64, sanggup menjadikan van sebagai tempatnya berteduh dan bermalam memandangkan beliau tidak boleh terlalu lama duduk atau tidur di atas simen.

Dia yang mengalami masalah sakit tulang belakang sejak 10 tahun lalu, berkata ini adalah tahun kedua tidur di dalam van ketika rumahnya di tenggelami banjir.
"Mak cik juga sering sakit sendi. Oleh itu, apabila terlalu lama berada di atas simen, kaki akan mula kejang sebab itu kami memilih untuk berteduh dalam van," katanya ketika ditemui di pusat pemindahan itu.


Menurutnya, mereka membuat keputusan untuk berpindah lebih awal ke pusat itu

kerana mahu mencari tempat yang sesuai untuk meletak kenderaan mereka.

Hari ini sudah enam malam dia dan suaminya berkampung di sekolah terbabit.

Munah berkata, suaminya mula mengemas barangan mereka sebaik menyedari air
semakin naik.

Dia berkata, pelbagai bentuk bantuan yang disalurkan oleh pelbagai
pihak banyak meringankan beban mereka memandangkan tidak mempunyai bekalan yang
mencukupi.

"Mak cik bersyukur bantuan air bersih mula dihantar kepada kami termasuk
peralatan lain seperti tikar dan selimut," katanya.

Mangsa, Wan Nordin Wan Hassan, 40, berkata bantuan boleh dikatakan agak lewat tiba ke pusat penempatan itu kerana paras air terlalu tinggi selain masalah komunikasi yang dihadapi.

"Saya faham jalan terputus menyebabkan bantuan agak sukar dibawa sebelum
pihak penyelamat lain tiba dengan kelengkapan yang lebih baik," katanya.

Warung Pok Nong, Sotong Celup Tepung Terbaik! ...

Masih perlukah lagi saya memberi sebab kenapa saya cintakan negeri Terengganu?
Sekiranya perlu, maka anda terpaksa menghadap kisah "Kuala Terengganu with Love' ini sehingga part yang tiada infinitinya. Atas faktor kewarasan dan kekangan waktu, maka, tidaklah saya mahu menjela-jelakan entry-entry ini. Biarlah saya berkarya dengan gaya yang padat, jelas dan menarik.
Walau bagaimanapun, saya tidak berdaya untuk menghalang keterujuaan hati dan jari saya untuk terus menaip mengenai Warung Pok Nong. Ada apa di Warung Pok Nong? Jawapannya: di warung Pok Nong ada Sotong Celup Tepung yang terrrrawesome di Terengganu!
Seriusnya, bukan mudah nak mencari lokasi Warung Pok Nong ni memandangkan kami bukannya orang tempatan. Namun, kepopularan Pok Nong dan Celup-celup tepungnya di kalangan blogers menyebabkan kami tahu koordinat GPS warung ini. Berpandukan GPS, kami tiba di Warung Pok Nong, Mengabang Telipot jam 3.30 petang.
GPS: N 05.42802; E 103.072854


Jangan ada jangkaan yang terlalu besar. Meskipun Pok Nong amat popular tetapi warungnya hanyalah sebuah warung kecil yang usang sahaja kerusi dan mejanya. Tapi usah peduli dengan gambaran fizikal, paling penting adalah sotong celup tepungnya yang lazat.


Warung ini berhadapan dengan pantai. cantik sungguh pemandangan pantai ni. Putih bersih pasirnya.


Indah

Ketika kami sampai, sudah ramai pelanggan yang berada dalam warung ini, mujurlah masih ada meja untuk kami berempat.




Oleh kerana pemandangan di Mengabang Telipot ni sungguh menakjubkan, maka, kami minum ABC dulu.



FYI, di Warung Pok Nong ni, nak makan kena layan diri. Makanan celup tepung tu digoreng panas-panas dan diletakkan dalam dulang. Pelanggan perlu berebut (jangan bertolak-tolak atau bertumbuk macam budak-budak) untuk mendapatkan makanan. Unik sungguh kaedah layan diri di warung ini. Dapatlah kami semua melihat taraf ketamadunan yang tinggi rakyat Malaysia di sini.

Tunggu gorengan
Batch pertama gorengan yang dikeluarkan oleh Pok Nong ialah Keropok Lekor. First batch ini dikeluarkan jam 3.50 petang. Pada pelanggan yang datang sejak jam 3 petang, memang hampir sejam jugalah menunggu. Tapi, nak ambil keropok lekor ni tak perlu nak berebut sangat sebab kuantitinya banyak. Mr. Hubby amik sepiring untuk appetizer kami hehehe.


Keropok Lekor
10 minit kemudian, Pok Nong mengeluarkan signature dishnya, jeng jeng jeng... the Sotong Celup Tepung! Maka berpusu-pusulah pelanggan beraksi secara macho, ayu dan berhemah dalam merebut sotong yang paling besar untuk dinikmati.


Nelayan-nelayan yang berjaya
Mr. Hubby berjaya mencandat 2 ekor sotong yang besar. FYI lagi, jangan lupa ambil gunting, sebab kena gunting sotong ni sendiri, DIY ok.

Piring kami



Aksi nelayan yang berjaya


Jangan lupa juga tunjuk kat Pok Nong kalau ambil sotong. Pengiraan harga berdasarkan saiz sotong. 



Nampak tak kertas kecik tulis 13 tu? Maksudnya, 2 ekor sotong ni baru RM13. Syok wooo....

Siap digunting

Seterusnya, Pok Nong mula mengganas dengan mengeluarkan Ikan celup tepung pula. Tapi Mr. Hubby tak pergi menjala pun sebab kitorang tak rasa nak makan ikan.

Ikan Celup Tepung
Mr. Hubby kembali memeriahkan perebutan apabila Pok Nong mengeluarkan Udang Celup Tepung. Udang ni pun cepat sold out.

Udang Celup Tepung
Makan semua gorang-gorengan ni, cicahlah dengan sos pencicah yang sedap.

Mr. Hubby kemudiannya mencandat seekor lagi sotong saiz besar supaya kami dapat makan sotong celup tepung dengan puasnya. Habis licin, tinggal serdak-serdak tepung sahaja pinggan kami (bersepah-sepah untuk Pok Nong kemas).

Sekarang ni saya dah tahu kenapa warung ni sangat popular. Saya pun sedang menambah kepopularan Pok Nong. Akhir kata, pengalaman di Warung Pok Nong ni memang best, unik dan tak dapat dilupakan.

Kalau sesat ke Warung Pok Nong, sila telefon:

Wednesday, 13 November 2013

Convocation Amni

Hari ini hari terakhir persekolahan Amni Darwisyah di Pasti Anak Soleh selama 3 tahun dia berada di pasti itu..suka dan sedih nampak dia untuk berpisah dgn cikgu2 dan kawan kesayangannya...sekejap lagi majlis konvo amni dan kawan2nya..